PERKEMBANGAN
KREATIVITI
Proses yang berterusan dan biasanya merujuk kepada
keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang
baru dan asli. Kreativiti lazimnya berkait rapat dengan penghasilan sesuatu
yang asli. Terdapat pelbagai pendapat mengenai proses yang terlibat dalam
aktiviti kreatif dan kemudahan mengembangankannya dalam diri manusia.
Kamus Dewan (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu
kemampuan dan kebolehan seseorang menghasilkan seseuatu yang kreatif, baru dan
asli. Kreatif adalah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan
dipupuk dalam kelas. Kreativiti terbuka, segar, baru, original, tersendiri,
unik dan merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti berkuasa membantu
kanak-kanak mengembangkan potensi secara menyeluruh. Setiap kanak-kanak
menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan
dan kraf, muzik, drama dan lakonan.
PERKEMBANGAN ESTETIKA
Perkataan estetika merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan
pancaindera dan deria. Estetika sering dikait dengan hasil karya seni atau pada
sesuatu yang ada nilai seninya.Antara aktiviti perkembangan kreativiti dan
estetika.
Aktiviti Kreativiti Dan Estetika Yang Membantu Perkembangan Kecerdasan
Pelbagai
Unsur-unsur
Kreativiti Dan Estetika adalah terdiri daripada elemen asas yang penting dalam
menghasilkan sesuatu yang mempunyai unsur kreatif. Guru boleh melaksanakan
aktiviti berikut untuk mengembangkan pelbagai kecerdasan murid.
Membentuk Garisan
Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.

Melakar bentuk atau rupa
Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.

Membentuk
Bentuk lazimnya merujuk kepada struktur jisim dan isi padu. Terdapat dua jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat tiga dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi.

Jalinan
Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai melalui sentuhan. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek.

Warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder
No comments:
Post a Comment